Friday, 11 January 2013

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)

Pada mulanya dikenali dengan nama Politeknik Tanjong Malim, PSAS beroperasi dengan menumpang di

bangunan Sekolah Menengah Teknik Slim River bermula pada bulan Mac 2002 *( ia politeknik ke 15

ditubuhkan oleh KPM )  .


 Pada bulan April 2003, PSAS berpindah ke kampusnya sendiri seluas 100 ekar di Behrang (spt yg terkini)

dan ia dirasmikan oleh Paduka Seri Sultan Perak pada tanggal 7 Mei 2005 dengan nama baharunya

Politeknik Sultan Azlan Shah (spt yg terkini) . Kampus PSAS dilengkapi dengan pelbagai kemudahan

infrastruktur dan prasarana serta menawarkan persekitaran pengajaran yang kondusif di bawah naungan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) .


Politeknik ini mempunyai 6 jabatan akademik iaitu :

1. Jabatan Kejuruteraan Awam 
2. Jabatan Kejuruteraan Elektrik
3. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal 
4. Jabatan Perdagangan 
5. Jabatan Matematik, Sains, & Komputer 
6. Jabatan Pengajian Am 


No comments:

Post a Comment